Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi melawat ke laman web RekaGo!
RekaGo
ialah sebuah syarikat usahawan multimedia digital yang mempunyai
keupayaan untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan yang mempunyai
permintaan yang dinamik dan luas. Diasaskan pada tahun 2008, RekaGo
ialah penjenamaan semula jenama syarikat ini pada masa dahulu iaitu
Dream Factory dan ditukar kepada nama sekarang berdasarkan konsep dan
perubahan arah pengurusan.
RekaGo
menyediakan pelbagai perkhidmatan rekaan yang terdiri daripada reka
bentuk cetakan, multimedia mahupun pembangunan laman web dan sistem.
Penawaran harga yang berpatutan dan hasil kerja yang berkualiti
membolehkan syarikat usahawan ini bertahan sehingga pada hari ini.
Oleh
kerana konsep perniagaan yang bersifat eksklusif dan terhad sebelum
penjenamaan Dream Factory, hasil kerja dan penawaran perkhidmatan hanya
terhad kepada beberapa syarikat dan orang perseorangan sahaja. Oleh yang
demikian, demi meluaskan skop pemasaran kepada semua pihak pada harga
yang lebih rendah, RekaGo! dijenamakan untuk memasuki pasaran luas pada
masa ini.
Sekiranya
anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan produk dan perkhidmatan
kami, sila hubungi kami di alamat e-mel berikut afendysuraip[@]gmail.com



